Monday, September 6, 2010

TREASURE HUNT : JOM JALAN-JALAN CARI HARTA KARUN!!

Anda pencari harta karun? Mari kita uji. siapakah yang bijak memburu harta karun . Sekali lagi, KARSEi KPT-UiTM mencabar minda dan fizikal anda melalui Pertandingan TREASURE HUNT.
Pertandingan TREASURE HUNT ini diadakan pada 10 Oktober 2010 bermula jam 8.00 pagi. Dijangka 50 buah kereta lebih akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sanggupkah anda membiarkan mereka untuk memenangi hadiah berikut :?

Johan Wang Tunai RM 500.00 + Medal +Sijil
Naib Johan Wang Tunai RM 350.00 + Medal +Sijil
Ketiga Wang Tunai RM 200.00 + Medal +Sijil
Keempat Wang Tunai RM 150.00 + Medal +Sijil
Kelima Wang Tunai RM 100.00 + Medal +Sijil


Syarat -syarat pertandingan adalah :
1. Terbuka kepada semua termasuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.


2. Bilangan peserta minimum 2 orang dan maximum 4 orang bagi setiap kumpulan.
3. Kenderaan hendaklah disediakan sendiri.
4. Subsidi minyak akan disediakan oleh pihak penganjur.
5. T-shirt karnival akan disediakan oleh pihak penganjur.
6. Pendaftaran peserta bagi semua kategori ialah pada 10 Oktober 2010 pada jam 8.00 pagi.
7. Pemeriksaan kenderaan dan taklimat akan diberikan pada 10 Oktober 2010 jam 9.00 pagi
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda milik peserta.
9. Borang ini boleh dibuat salinan untuk penyertaan lebih dari satu.
10. Pihak penganjur berhak untuk membatal, menambah atau memindaserta mengubahsuai mana-mana peraturan yang ada sekiranya ianya didapati perlu untuk memastikan kelancaran pertandingan.
11. Pengesahan penyertaan perlu dilakukan sebelum 4 Oktober 2010.

Yuran Penyertaan : RM 50/kereta

Borang Penyertaan[Sila Klik Disini]

**Sila emelkan borang penyertaan yang telah siap diisi kepada URUSETIA PENGANJUR[Disini]
**Bayaran boleh dibuat semasa hari pendaftaran

2 comments: