Salam 1 Malaysia..
Berteraskan falsafah kepercayaan bahawa individu mampu berusaha bagi mencapai kecermerlangan melalui ikatan ukhuwah yang erat serta penerapan nilai murni, Majlis Sukan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Johor dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM Johor akan menganjurkan KARSEi bagi memperkenalkan sukan-sukan ekstrem yang sudah lama bertapak di Malaysia ke dalam kampus. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan peratusan mahasiswa terlibat dengan aktiviti sukan. Disamping itu, kami juga menambah peluang kepada mahasiswa untuk memilih sukan yang digemari sejajar dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mensasarkan ‘1 Pelajar 1 Sukan’ dan seterusnya mencapai matlamat 80% Mahasiawa terlibat dengan aktiviti sukan.
Disamping itu, kami turut percaya dengan penglibatan mahasiswa dalam sukan terutamanya sukan ekstrem, mahasiswa kental dan‘perkasa’ dari segi mental dan fizikal dapat dibentuk. Hal ini kerana, setiap sukan ekstrem mempunyai risiko tersendiri dan ini mendidik mereka menjadi seorang yang berani. Justeru, ini amat bersesuaian dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi yang menginginkan generasi muda Malaysia seorang yang dinamik dan progresif.
Selain itu, penyertaan bagi karnival ini turut melibatkan IPT zon selatan dan IPT yang berhampiran selain UiTM SeMalaysia, dimana ini merupakan salah satu cara kami, Majlis Sukan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar membantu kerajaan dalam mengamalkan konsep 1 Malaysia di peringkat IPT.
No comments:
Post a Comment